SEJARAH SYARIKAT

AAPC CONSTRUCTION Services telah ditubuhkan pada 28 Mac 2016 secara kecil-kecilan dan mula beroperasi sepenuhnya pada 24 Ogos 2016 di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (002568534-A). Merupakan milik penuh bumiputera berdaftar CIDB Malaysia (0120161005-KD179857) yang menjalankan perkhidmatan dalam bidang kontraktor binaan, kerja-kerja pengubahsuaian rumah / bangunan pejabat, pembinaan rumah, pendawaian elektrik, khidmat pemasangan penghawa dingin dan rekaan dalaman.

AAPC CONSTRUCTION Services diterajui sepenuhnya oleh Encik Mohd Shazril Imri Bin Ismail selaku pengarah syarikat dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang berpengalaman dan berkebolehan. Sehingga November 2017, AAPC Global Management telah membina dan mengubahsuai lebih daripada 50 buah kediaman di Kedah, Selangor, Perak dan Perlis.

AAPC CONSTRUCTION Services juga telah membuka cawangan kedua di Selangor. Kami akan berusaha untuk mengembangkan lagi perniagaan di seluruh Malaysia. Dengan berkat, kesungguhan dan kerjasama dari para pelanggan, AAPC CONSTRUCTION Services dapat merealisasikan visi dan misi syarikat.

  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image

VISI AAPC

Menjadi syarikat peneraju rumah mewah mampu milik terbaik dalam sektor pembinaan

2016
PENUBUHAN
100
SASARAN PROJEK
10
PEKERJA TETAP

MISI KAMI

Membina & Mengubahsuai

Menyediakan perkhidmatan membina dan mengubahsuai rumah atau premis perniagaan di Utara Semenanjung dan Perlis khususnya.

Kualiti Binaan

Menawarkan kualiti binaan yang terbaik seiring dengan keperluan pasaran dan menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.

Membantu Pelanggan

Membantu setiap pelanggan untuk memiliki rumah yang menarik dan mampu milik dengan perkhidmatan yang mesra pelanggan.

Tenaga Mahir

Memastikan kerja-kerja pembinaan dijalankan oleh tenaga mahir yang berpengalaman dan menepati tempoh masa pembinaan.

BUDAYA KERJA

Pekerja cemerlang tidak berkerja sambil lewa dan tidak mengangap kerjanya sebagai suatu bebanan atau sesuatu yang membosankan.  Kerja yang dilaksanakan dilakukan dengan bersungguh sungguh.  Prestasi kerjanya sentiasa di tahap tertinggi. Sentiasa berusaha mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dan tidak mudah mengaku kalah.

Pekerja yang berinisiatif adalah pekerja yang melakukan sesuatu sebelum dipaksa atau diarah untuk melakukannya. Ia sentiasa melakukan kerja dengan tekun dan teliti untuk mengelakkan kesilapan.

Sentiasa bertanggungjawab kepada pelanggan dengan sentiasa memastikan kerja dijalankan mengikut jadual.  Bersedia sentiasa sekiranya pelanggan memerlukan untuk perjumpaan atau perbincangan.  Memberikan penerangan dan segera membuat pembetulan sekiranya pelanggan mendapati terdapat kesilapan dalam sesuatu perkara.

Sentiasa komited dan menunjukkan sikap bersungguh sungguh dalam setiap tugas atau kerja yang diberikan dengan melakukan segala galanya mendahului masa yang diberi, serta memastikan kerja dibuat berkualiti dan memuaskan hati setiap pihak.

Sentiasa bertanggungjawab kepada setiap tugas yang diberikan serta melakukannya dengan baik dan sempurna.  Sentiasa memikirkan akibat buruk sekiranya melakukan kerja dengan tidak bertanggungjawab.  Ia dapat membahayakan keselamatan pelanggan dan orang lain.

Pengurusan masa ada salah satu faktor kejayaan.  Pengurusan masa yang cekap dapat membantu meringankan beban tugas serta memudahkan segala urusan kerja. Mengurusan masa juga dapat memastikan kita sentiasa melaksanakan tugas harian di tahap maksima serta berkesan.

Sentiasa berlaku jujur kepada diri sendiri, majikan dan pelanggan dalam apa jua aspek terutamanya jika melibatkan sesuatu yang boleh merugikan mana mana pihak.  Jujur sekiranya terdapat kesalahan dalam melakukan sesuatu serta berusaha membuat pembaikan dengan segera untuk mengelakkan kemalangan kepada pelanggan atau orang lain.

Sentiasa menilai dan menhitung kebaikan, keburukan atau tahap kerja yang telah dilakukan kepada pelanggan.  Dengan menilai, kita akan sentiasa sedar tahap kerja, kebaikan dan keburukan kita dan sedia membaikinya dan tidak mengulanginya di masa akan datang.

KHIDMAT KONTRAKTOR TERBAIK SEJAK 2016

1
Chat with us
Powered by